Nama Sarawak berasal daripada nama Sungai Sarawak. Sungai Sarawak meliputi kawasan yang digelar sebagai "Sarawak Prosper" menganjur dari Pedalaman Kuching di Bau sehingga ke Samarahan. Nama Sungai Sarawak adalah diambil dari nama sejenis galian batu bijih iaitu "serawak" yang mengandungi belerang dan antimoni (Rujuk Kamus Dewan edisi 3). Ini bertepatan sekali dengan sejarahnya iaitu semasa Sarawak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, wilayah Sarawak ketika itu kaya dengan antimoni. Sarawak adalah salah satu negeri yang mempunyai tempat yang cantik dan unik. Antaranya ialah :
Bintulu yang dikenali dengan gelaran Kota Tenaga Sarawak turut menyumbang kepada eko-pelancongan bagi negeri Sarawak. Pasar Utama Bintulu menjadi antara tarikan yang utama. Lokasinya strategik iaitu hampir dengan jeti nelayan dan Pasar Tamu Bintulu. Di Pasar Tamu Bintulu ramai penduduk tempatan berniaga menjual aneka hasil tani. Taman Tumbina pula menarik kerana pelbagai binatang sukar dijumpai terdapat di sana seperti buaya sebesar sejengkal jari dan burung helang. Kewujudan Taman negara Similajau dengan pantai yang indah berwarna putih dan keemas-emasan juga menjadi tarikan di tempat tersebut. Kawasan yang berkeluasan 30km ini mempunyai flora dan fauna termasuklah 230 spesies burung termasuk kenyalang dan bangau strom, buaya air masin, ikan lumba-lumba serta menyaksikan sendiri penyu naik ke darat untuk bertelur.
2. Gua di Sarawak
Banyak gua yang sering menjadi tumpuan kunjungan ramai di Sarawak, terutamanya Gua Niah dan Gua Angin.Gua Niah, gua yang terbesar di Malaysia yang telah diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak turut menjadi antara gua batu kapur terbesar di dunia. Gua di dunia ini terletak kira-kira 90 kilometer dari Miri, Sarawak. Gua Niah mempunyai keluasan 12. Manakala jarak Gua Angin terletak di daerah Bau, Kuching, dengan jarak daripada bandar utama Kuching adalah kira-kira 45 minit perjalanan selain bersebelahan dengan Sungai Sarawak. Kawasan Bau yang sememangnya kaya dengan sumber batu kapur asli mengakibatkan banyak gua yang wujud. Kawasan lingkaran gua tersebut dinamakan Bau Formation. Keunikan gua ini adalah gua di kawasan tersebut pada zaman dahulu dihuni oleh manusia zaman dula kala ketika sumber aliran air boleh dijumpai di dalam gua tersebut.
3. Pulau dan Pantai
Sarawak yang terletak di kepulauan borneo mempunyai gugusan pulau yang tidak kurang menariknya. Salah satu daripadanya ialah Pulau Bruit. Pulau tersebut terletak di kawasan Rejang Delta iaitu 150 km barat laut Kuching, di bawah bahagian Mukah dan di dalam daerah Daro. Pulau Bruit merupakan pulau terbesar di negeri Sarawak dan yang kedua terbesar di Malaysia, selepas Pulau Banggi di Sabah. Pulau Bruit atau pada satu masa dahulu pernah dikenali sebagai Sri Bruit merupakan pulau yang mempunyai sejarah tersendiri terutamanya kewujudan cerita yang dikaitkan dengan cara tempat tersebut mendapat nama.
4. Taman Negara Bako
Bagi penggemar alam sekitar, Taman Negara Bako sudah pasti menjadi pilihan utama untuk menikmati kehijauan flora dan melihat sendiri hidupan-hidupan liar. Monyet Proboscis atau dikenali sebagai ‘Orang Belanda’ merupakan tarikan utama pengunjung ke taman ini. Taman Negara tertua di Sarawak ini menggabungkan laut, pantai, paya, hutan dan tanah tinggi ini dikatakan mempunyai lebih 600 spesis tanaman bunga, termasuk 49 spesis orkid serta spesis haiwan dan spesis burung. Trek terpanjang di Taman Negara Bako adalah sejauh 10.5 kilometer ke Tanjung Kruin manakala yang paling pendek adalah ke Tanjung Sapi yang hanya berjarak 800 meter.
No comments:
Post a Comment