Sabah dikatakan berasal daripada perkataan ‘saba’ iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil pisang saba oleh masyarakat kaum Βajau, yang sangat popular dibuat pisang goreng. Pisang saba ini juga dikenali sebagai pisang jaba oleh segolongan masyarakat Bajau dari suku yang serumpun. Negeri ini disebut sebagai Sabah kerana masyarakat di sekitar pantai barat negeri Sabah kebanyakannya menanam pisang jenis ini sebagai bahan makanan.Asal usul nama Sabah juga dikenali sebagai Seludang.Dalam bahasa Jawa seludang dinamakan sebagai Sabah ,sebab itulah Negeri Sabah dikenali sebagai Seludang. Sabah adalah negeri yang wajib dikunjungi oleh para pelancong. Antara tempat yang menarik ialah :
1. Pulau Sipadan
Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut. Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia.
2. Gunung kinabalu
Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut. Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung kinabalu memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Di antaranya ialah tempat di mana terletaknya bunga terbesar di dunia iaitu Bunga Rafflesia. Bunga ini menjadi tumpuan setiap pengunjung yang bertandang ke Gunung Kinabalu ini. Ini kerana keunikan bunga itu sendiri yang habitatnya hanya di Gunung Kinabalu malahan jenis-jenis bunga tersebut yang pelbagai dan menjadi kajian sesetengah pakar dari seluruh dunia.
3. Gunung Trusmadi, Tambunan
Gunung Trusmadi yang terletak di Tambunan, Sabah merupakan gunung kedua tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu yang juga terletak di Sabah. Gunung Trusmadi mempunyai ketinggian setinggi 2,642 meter (8,669 kaki). Gunung Trusmadi mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan, contohnya Nepenthes macrophylla.
4. Kundasang
Kundasang merupakan sebuah pekan kecil yang paling hampir dengan Gunung Kinabalu. Ia terletak hanya 6 km dari Taman Negara Kinabalu. Cuaca yang segar serta pemandangan yang indah menjadi alasan utama ramai pelancong datang berkunjung ke Kundasang. Pertanian merupakan sumber pendapatan yang utama kepada penduduk di sini. Tidak hairanlah Kundasang merupakan pusat membeli belah sayur-sayuran yang sangat terkenal di daerah ini. Manakala pelancongan menjadi sumber pendapatan kedua terpenting bagi penduduk di Kundasang. Majoriti penduduk Kundasang adalah terdiri daripada suku kaum Dusun, Sungai, Bajau, Melayu, Cina, namun terdapat juga sebilangan daripada pendatang Indonesia yang terdiri daripada Bugis, Tator, Timor, Jawa, yang mana telah menjadi sebahagian kecil daripada penyumbang bagi mengerakkan ekonomi di sekitar Kundasang, terutamanya di dalam sektor pertanian. Walaupun hanya sebuah pekan kecil, Kundasang juga menyediakan kemudahan seperti hotel, motel, chalet dan home stay bagi member keselesaan kepada kepada pelancong.
No comments:
Post a Comment