1. Muzium Negeri Terengganu
Muzium Negeri Terengganu adalah muzium terbesar di Asia Tenggara dan di sini menempatkan pelbagai artifak-artifak sejarah di Negeri Terengganu. Kat sini juga terdapat Batu Bersurat yang sememangnya terkenal dan berkait rapat dengan kedatangan Islam ke negeri Terengganu pada suatu ketika dahulu.
2. Masjid Tengku Tengah Zaharah
Suatu ketika dahulu sebelum wujudnya Masjid Kristal, masjid ini antara yang menjadi tarikan para pelancong yang datang ke Kuala Terengganu. Masjid Tengku Tengah Zaharah atau nama glamour, Masjid Terapung ini pernah menjadi simbolik kepada negeri Terengganu.
3. Pasar Payang
Nak beli souvenir? Buah-buahan? Batik? Songket? DENGAN HARGA MURAH? Kat Pasar Payanglah jawabnya. Orang perempuan kalau ke Kuala Terengganu tak sah kalau tak singgah Pasar Payang. Aku sendiri walaupun kampung Encik H kat Marang, mesti cari sebab untuk datang ke sini setiap kali balik kampung. Samada beli atau pun sekadar window shopping, itu terpulang. Tapi wajib singgah. Hahaha. Kat Pasar Payang ni macam-macam ada. Bagi penggemar makanan, diorang prefer pergi tingkat paling bawah. Bagi yang nak cari songket ke, batik ke atau baju tidur kelawar, diorang prefer shopping kat atas je.
4. China Town ( Kampung Cina )
Salah satu spot menarik untuk ambil gambar adalah di Chinatown, Kuala Terengganu. Terletak di sepanjang Jalan Bandar (sebelum ini dikenali sebagai Jalan Kampung Cina). Nak lebih senang, ia berhampiran dengan Pasar Payang. Bangunan-bangunan di sini semuanya antik dan wujud sebelum Perang Dunia Ke-II. Dipercayai pada zaman dahulu, Chinatown berkait rapat dengan penubuhan Kuala Terengganu pada abad ke-15 oleh sekumpulan peniaga cina yang datang dari Tanah Besar China. Kuala Terengganu juga menjadi tempat perdagangan penting untuk industri tekstil, lada dan emas.